BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 21, 2011

Mengharap sinar kejayaan di penghujung usaha...InsyaAllah, kami pasti boleh melakukannya:)


Till Then,

Wednesday, January 12, 2011

Rindu Ini Milik Siapa?


Till Then, 

Saturday, January 1, 2011

~~~If you see a friend without a smile, give him one of yours~~~


Till Then, 

From Abg Zul


Thanx a lot Abg Zul for the gift. InsyaAllah kami (Wana, WanieyCik Tymaa & Mar) akan simpan hadiah ni sebagai tanda kenangan persahabatan kita. Walaupun sekejap, memori persahabatan kita akan kekal untuk selamanya. Terima kasih kerana menjadi kawan dan abang yang terbaik untuk kami:)

Till Then,

Friday, December 31, 2010

Ku Tinggalkan Memori Semalam...

Malam ni, berakhir sudah tahun 2010 yang penuh dengan kenangan suka duka. Suka duka yang dilalui dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan dan seorang mahasiswi. Tahun ini, terlalu banyak kisah yang tercipta antara kami di sini. Bergelar seorang pelajar IPT tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi demi mencari ilmu dan pengalaman. Apapun, tahun 2010 menjadi antara tahun yang terindah dalam lipatan sejarah kehidupan terutamanya di bumi UPSI. Tahun 2010 kutinggalkan bersama azam baru  untuk mencapai kecemerlangan dan meningkatkan potensi diri pada tahun 2011. Semoga segala yang dicita-citakan dapat dicapai. InsyaAllah...Akhir kata, jutaan kemaafan dipohon kepada semua yang mengenali diri ini atas segala kekhilafan diri selama ini. Selamat Tahun Baru untuk semua:)


Till Then,

Wednesday, December 22, 2010

Alhamdulillah

Syukur padaMu Ya Allah, selesai juga tanggungjawab sebagai ajk protokol Program Baktisiswa Perdana Sekretariat Rukun Negara Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang. Tugas dan tanggungjawab yang sangat mencabar. Mujurlah berpeluang bekerjasama dengan seorang ketua yang hebat pada pandangan mata ini. Walaupun baru sem 1, beliau memainkan peranan yang sangat besar dan terlalu banyak memberi tunjuk ajar. Buat adikku Hairieyl, akak yakin awak mampu jadi pemimpin yang hebat dan disegani pada masa depan, teruskan perjuangan. Untuk yang lain-lain juga, kenangan kita kekal abadi, kenangan yang tak mungkin saya lupakan. Ia terlalu banyak mengajar saya erti persahabatan, tanggungjawab dan kasih sayang. Walaupun satu masa nanti kita semua akan berpisah, tapi kenangan tu akan membuatkan kita ingat betapa indahnya persahabatan kita semua. Untuk abang-abang dan kakak-kakak, terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan membimbing saya. Buat kawan-kawan, korang ada lah teman terbaik yang sanggup bersama-sama walau dalam apa keadaan. Kepada adik-adik, akak bangga dipertemukan dengan kamu semua, insan yang berpotensi untuk menjadi pemimpin pada masa depan. Selamat Maju Jaya untuk semua, panjang umur kita bersua lagi di lain waktu.


























Till Then, 

Sunday, December 12, 2010

~~~Walau apa yang terjadi, tabahkan hatimu selalu, pengorbanan tak tersia, kan terbela sampai masa...iringkanlah dengan doa, restukanlah sentiasa, moga impian jadi nyata, hidup kan diberkati-Nya~~~


Till Then,