BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 30, 2010

Pohon Hijau

Dedikasi istimewa untuk teman-teman seperjuangan...


Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
gugur di taman ini





lirik : http://www.google.com.my
video : http://www.youtube.com


Till Then, 

Monday, November 29, 2010

Buat insan-insan tersayang...

~~~terima kasih kerana selalu ada untuk saya~~~



Till Then, 

Sabarlah Duhai Hati...

Seringkali terfikir betapa peliknya tingkahlaku manusia. Wajarkah niat untuk menarik perhatian insan di sekeliling terutamanya kaum hawa dijadikan alasan untuk mengganggu kehidupan orang lain. Ya Allah, sesungguhnya sabarku ada batasnya. Selagi mampu, aku akan terus bersabar. Tapi bila sampai masanya, rasa marah, sakit hati, geram dan tertekan tak akan dapat dibendung lagi. Mampukah aku untuk bertahan dan berhadapan dengan insan sepertinya 5 semester lagi...Semoga diri ini terus diberi kekuatan oleh-Nya.


Till Then,

Sunday, November 28, 2010

Sukarnya Menuturkan Kata


Antara dua pilihan...
Menjaga hati rakan, pada masa yang sama melihat kepincangan teman
atau...
Menegur sesama insan atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim

Dalam keadaan dilema, terjumpa satu kata-kata...

“Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan,  kerana kasihnya ia memberanikan diri untuk menegur ”

Kata-kata yang membuatkan aku terfikir...sesungguhnya aku bukanlah seorang rakan, teman, dan sahabat yang baik...kerana hingga ke saat ini aku masih belum mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakan, teman, dan sahabat. Setahun memendam rasa dan dipersalahkan kerana tidak menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya...tanggungjawab untuk saling menegur sesama insan...

Padamu teman, ketahuilah, sesungguhnya terlalu berat untukku menuturkan kata, bimbang ada hati yang terluka...Aku hanya mampu berdoa agar kau ditunjukkan jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh-Nya. Buatmu teman, moga rahmat Allah sentiasa bersamamu...



video : http://www.youtube.com


Till Then,

Saturday, November 27, 2010

Dia Idolaku

Dia insan yang sering merendah diri...
Dia insan yang lembut tutur bicaranya...
Dia insan yang petah melontarkan kata...
Dia insan yang terlalu memahami...
Dia insan yang punyai banyak kelebihan...
Dia insan yang mampu membuatkan insan lain terpesona...
dan...
Dialah insan yang menjadi idolaku...



Till Then,

Friday, November 26, 2010

Mentari Hidup

"Kadangkala Allah hilangkan matahari, Dia datangkan guruh dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah buat kita"


~~~Setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita, pasti mempunyai hikmah yang tersendiri, hadapilah kehidupan ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan hati~~~


video : http://www.youtube.com

Till Then,

Teman setia masa study:)



Till Then, 

Thursday, November 25, 2010

Warkah Buatmu Teman

Mengimbas kembali memori indah di SMTSP 5 tahun yang lalu...



Ain Amira Abd Rahim, dulu kita sering bersama dalam apa jua keadaan. Akrabnya hubungan kita macam dah kenal lama, ke mana kita pergi mesti jalan berdua. Semua orang taw tentang tu. Kita berdua selalu je jadi mangsa buli Wan. Hehe...Cikgu-cikgu pon taw kan, kesian kita. Setahun lebih kita rapat, macam-macam cerita kita kongsi bersama. Yang paling aku ingat, kita sama-sama terajui kepimpinan pengawas sekolah, pengawas asrama, Pergerakan Puteri Islam, dan Persatuan Bahasa Melayu sekali ngan Waniey n Mimiey. Pastu kita berempat wakil sekolah untuk English Debate Intertechnic Zon Pahang 2006 kan. Tapi penghujung 2006, tak pasti kenapa macam ada jurang yang wujud antara kita. Kita dah tak macam dulu, dah tak bertegur sapa. Tak tahu di mana silapnya. Tapi kata-kata yang ko coretkan dalam buku auto masih tersimpan rapi. Bila terasa rindu, mesti baca semula apa yang tercoret dalam buku tu, mesti tengok balik gambar-gambar lama. Dulu impian kita sama, tapi lepas form5 kita bawak haluan masing-masing. Sekarang pon dah tak contact. Cume sesekali singgah jugak kat page Ain. Masih nak mengikuti perkembangan walaupun dalam diam. Nak bertanya khabar, rasa macam tak dialu-alukan. Apa pon, ko teman yang aku sayang, teman yang sering menemaniku 5 tahun yang lalu. Semoga beroleh kejayaan dan kebahagiaan. Harapnya tak lupa janji nak invite masa wedding nanti. Aku ingat ayat ko...Temerloh and Jerantut is not quite far...:)

Buat manusia yang bernama Wan Mohd Firdaus Wan Abd Rashid, hari ni baru tergerak hati nak tulis pasal ko. Ni pon sebab ternampak ko punya post kat facebook. Hehe...First impression aku, ko lah manusia yang paling playboy dalam batch kita. Baru je masuk sibuk duk ngayat perempuan. Bukan nak dengar taklimat orientasi. Masa tu Tuhan je yang taw perasaan aku, bosannya la tengok mamat ni. Dah la bajek hensem, mata bulat macam bola golf. Lepas exam untuk pembahagian kelas, dapat lak duk satu kelas. Lagi lah tambah menyampah. Dah tu asyik bising je. Selalu aku ngan Ain kutuk-kutuk ko. Dalam hati, mamat ni sah-sah nak tarik perhatian. Bajek orang nak terpikat...hahaha. Dalam pada menyampah tu, ntah macam mana boleh pulak terkawan ngan ko ni. Sebab ko aku pernah kena sound ngan senior  gara-gara status budak bola (projek bola Pahang) yang membuatkan ko agak glamour. Diorang jeles aku kawan ngan budak yang dikatakan hensem, padahal tak hensem pon kan...hahaha. Bajek hensem ada lah. Tak taw ko ingat tak, lepas tu kita agak rapat. Ko selalu je buli aku ngan Ain wat homework. Kitorang pon tak taw la kenapa sengal sangat ikut je. Ish2..menyesalnya bila terkenang balik. Pastu kita sama-sama jadi presenter untuk Projek Inovasi Pelajar "CADDY SETIA" sempena Hari Patriotik Peringkat Kebangsaan. Bangganya masa tu sebab jadi antara 10 orang pelajar SMTSP yang terpilih  present projek yang konon-kononnya hasil kerja pelajar (padahal cikgu-cikgu yang buat) depan Timbalan Perdana Menteri (zaman Dato' Seri Najib jadi TPM). Dah la waktu tu kita baru form4. Berhari-hari kita berkampung kat SUKPA. Tu antara kenangan yang manis dengan ko dan kawan-kawan lain. Masuk tahun 2006, kita sama-sama jadi pengawas sekolah. Dan sekali lagi, tak taw ilmu apa yang ko guna, ko dicalonkan jadi ketua pengawas. Aku pon gatal tangan gi sokong, padahal dah sedia maklum kalau ko jadi ketua pengawas, bertambah-tambah la beban keje aku ngan Ain. Kami yang buat, Wan Mohd Firdaus yang dapat nama ye, bagus betul. Siap bagitaw kawan-kawan lagi yang kami ni setiausaha sulit ko, mengalahkan pengetua, pengetua pon tak de setiausaha taw tak. Satu lagi tugas tak rasmi aku, jadi posmen tak bertauliah bila ko nak usha kawan-kawan + junior. Apa-apa aku yang kene jawab. Gadis Sunsilk la, ape la. Semua ko nak masa tu kan. Masa Intertechnic 2006 kat SMT Jengka, kita sama-sama gi. Aku masuk debate n ko main bola sepak. Macam-macam taktik ko gune nak tarik perhatian kan. Wat-wat jatuh tengah padang la, padahal ko nak suruh orang sorak. Aku kenal sangat la ko tu. Orang lain ko boleh tipu tapi ngan aku jangan harap...hahaha. Pastu kedengaran la suara para peminat ko yang tak berapa nak ramai tu jerit "Eppy! Eppy! Eppy!". Memang ko sangat sengal masa tu. End of  2006, kita dah sibuk dengan preparation exam. Masing-masing wat hal sendiri. Tapi aku still ingat kata-kata ko. "Aku nak masuk ipt same ngan Wana dan Ain, senang nanti ada orang tolong basuh baju ngan wat assignment aku". Sengal je ayat kan. Tapi impian tu tak kesampaian. Ko dengan Ain je masuk poli, aku masuk form6. Lepas habis sekolah, macam-macam cerita dengar pasal ko, tapi segan nak contact balik. Aku cume dengar dari kawan-kawan je. Sekarang ok la, dah ada facebook kan, boleh la jugak taw perkembangan ko. Kalau ko baca  entri ni jangan ngada-ngada nak terasa k. Kenangan ni lah yang membuatkan aku tak lupa indahnya persahabatan kita. Doa aku, semoga ko cepat sembuh serta impian dan cita-cita ko tercapai. Kalau nak kawen ngan 'Agnes Monica' tu nanti jangan lupa kawan lama ni ye...hehe..Doakan aku juga bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang dalam hatinya hanya ada satu nama, NORHAZUWANA BT HAMZAH...:)


Ain...


Wan...



"AIN AMIRA & WAN MOHD FIRDAUS, KENANGAN KITA KEKAL ABADI"




Till Then,

Wednesday, November 24, 2010

InsyaAllah

Hari ni terpaksa membangunkan diri lebih awal daripada biasa gara-gara tak habis study lagi untuk paper Psikologi Perkembangan Moral esok. Bersendirian di rumah, kakak-kakak housemate semuanya dengan hal masing-masing. Ada yang belum balik daripada bercuti, ada yang keluar. Study dalam suasana yang terlalu sunyi dan tenang. Hanya ditemani lagu Maher Zain, InsyaAllah. Semoga dipermudahkan untuk menjawab paper pada hari esok & will pass with the flying colours. InsyaAlah. Usaha+tawakal+doa...


video : http://www.youtube.com

Till Then, 

Macam Ni Ke Kawan???

Kawan, dulu masa susah, ko tak ada tempat nak bergantung harap, ko datang cari kami. Bila dah senang, dah jumpa kawan baru yang kaya, yang cantik, yang boleh ko tumpang glamour di sini, nampak kami pon ko buat tak pandang je kan. Tapi kenapa sekarang cari kami semula. Sebab nak mintak tolong kan? Pergilah mintak tolong dengan kawan-kawan baru tu. Mesti diorang boleh bagi pertolongan yang lebih lagi. Kami boleh menilai ko ni sebenarnya kawan yang jenis macam mana. Kawan yang mencari di saat memerlukan, tapi bila tak diperlukan, buang jauh-jauh. Anggap macam tak pernah kenal je.  Apa pon, terima kasih untuk persahabatan yang sangat bermakna ni. Jangan salahkan orang lain andai persahabatan ini sampai di sini saja, tapi renung-renungkan semula mengapa semuanya jadi macam ni. Kepada rakan-rakan yang lain, hargailah kawan anda, sesungguhnya kawan suka senang di cari tapi kawan ketika berduka satu dalam seribu. Moga kita dipertemukan dengan rakan, teman, kawan dan sahabat yang benar-benar ikhlas menjalin ukhwah:)


Till Then, 

Tuesday, November 23, 2010

Hinanya Orang Yang Meninggalkan Solat

Nak kongsi satu cerita yang dibaca dari facebook Hamba Allah ni. Sekadar renungan bersama dan peringatan untuk teman-teman dan juga diri sendiri. Yang baik ambil sebagai tauladan, yang buruk jadikan pengajaran. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya. 

"Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"


Till Then, 

Sebuah Pertemuan

"Sebuah Pertemuan"...lagu yang ditujukan istimewa buat insan yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan, sentiasa meniupkan kata-kata semangat supaya menjadi lebih tabah, sentiasa memberikan sokongan untuk menjadi lebih kuat...Sesungguhnya ukhwah ini terlalu bermakna, tak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.

"Tika ku kealpaan, kau bisikkan bicara keinsafan, kau beri kekuatan, tika aku diuji dengan dugaan, saat ku kehilangan keyakinan, kau nyalakan harapan, saat ku meragukan keampunan Tuhan, kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala"


video : http://www.youtube.com

Till Then, 

Monday, November 22, 2010

Need someone to talk...but..WHO???



Till Then, 

Sunday, November 21, 2010

Gift From Sarawak


Thanx a lot  sis khadijah for the gift. Cantik dan unik. InsyaAllah saya akan simpan baik-baik sebagai tanda kenangan perkenalan kita. Walaupun tak berpeluang bersua muka masa sis konvo baru-baru ni, hopefully ukhwah yang terjalin ni akan kekal sampai akhir hayat. Nice knowing you. Tahniah sebab dapat posting kat negeri sendiri. Didiklah anak bangsa seikhlasnya, moga-moga mereka menjadi insan berguna. Thanx jugak pada abang hadi yang sudi hantarkan hadiah ni:)

Till Then, 

Saturday, November 20, 2010

Exam

Seperti biasa menjelang akhir tahun tibalah musim peperiksaan. UPSR dan PMR dah pon melabuhkan tirainya. Keputusan UPSR juga dah diumumkan. Tahniah untuk my little bro, bit yang dapat 4A 1C. Walaupun Bahasa Inggeris dapat C, tapi Alhamdulillah, adik dah cuba yang terbaik. Setakat itu saje rezeki yang ada. Untuk abg chik, good luck for SPM tomorrow. Buat yang terbaik kerana kita yang corakkan masa depan kita sendiri. Orang lain hanya boleh bagi sokongan dan iringan doa sahaja. Susah senang hidup kita kemudian hari terletak pada diri kita. Kak Na yakin awak mampu. Kepada adik-adik form 6 SMK Mengkarak, terutamanya budak kecik, pja, yana, irwani dan fizah, akak doakan korang mampu lakukan yang terbaik. See U di IPT next year. InsyaAllah. Last but not least, teman-teman seperjuangan di UPSI, selamat menduduki peperiksaan akhir untuk semester ni. Moga-moga kejayaan milik bersama. 

Till Then, 

Lagu Feveret:)




Bidadari bidadari,

Temanilah resahku,

Bidadari bidadari,
Tenangkanlah jiwaku.
Cinta setia, hidup mati,

Selamanya,
Kerna kau isteriku,
Isteriku tercinta,
Pelengkap rusuk kiriku.
Bidadari bidadari,

Jadilah pendampingku,
Bidadari Bidadari,
Jadilah sang setia.
Kerna cinta,

Cinta suci,
Ertinya tidak pernah sepi,
Sepi daripada,
Cubaan yang tak terduga.


C/O

Kau umpama bintang utara,
Penunjuk jalan yang terang,
Kau beri harapan,
Saat ku jatuh bangun semula.


Kau berikan sakti cintamu,
Penawar racun berbisa,
Dan ikatan kita,
Cinta abadi hanya di Syurga
.



lirik : http://www.google.com.my
video : http://www.youtube.com




Till Then,

Temanilah Resahku

Jam 4 pagi, terjaga dari lena. Cuba untuk melelapkan mata kembali, namun tak berjaya. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran dan sedikit sebanyak perkara tersebut mengganggu lena. Memikirkan peperiksaan akhir yang hampir tiba, lantas mengambil buku untuk study. Mungkin ini waktu yang sesuai, apatah lagi di waktu pagi yang terlalu sunyi tanpa sebarang gangguan. Study sambil mendengar alunan lagu nasyid. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menenangkan hati dan mengingatkan diri pada Pencipta. Moga-moga ilmu yang dibaca sebentar tadi diberkati oleh-Nya.amin...


video: http://www.youtube.com

Till Then,

"Kita jarang menghargai sesuatu yang ada di depan mata sehinggalah ia pergi jauh meninggalkan kita"



Till Then, 

Permata Yang Dicari

Lagu yang mempunyai makna yang cukup mendalam....

"Dialah permata yang di cari, selama ini baru ku temui, tapi ku tak pasti rencana Illahi, apakah dia kan ku miliki"


video: http://www.youtube.com


Till Then,

Thursday, November 11, 2010

Berakhirnya Sebuah Penantian

Alhamdulilah...berakhir sudah penantian selama beberapa hari. Hasil usaha, berkat kesabaran dan doa dapat juga selesaikan proses add kursus. Walaupun tak sepenuhnya, 99% dah berjaya. Hanya menanti satu lagi kursus minor dibuka. Terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi semangat. Sangat-sangat lega sekarang sebab dah tak perlu fikir pasal ni. Cuma sebelum ni agak kecewa apabila rakan-rakan lain dah berjaya tetapi saya belum berjaya. Mungkin Dia nak menguji sejauhmana usaha dan setinggi mana tahap kesabaran hamba-Nya. Semuanya pasti mempunyai hikmah yang tersendiri...


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

lirik : http://www.google.com.my
video : http://www.youtube.com

Till Then,

Wednesday, November 10, 2010

Penantian

Inilah yang berlaku setelah satu hari satu malam menanti untuk menembusi MYSIS UPSI.....perasaan kecewa dan ditambah dengan rasa mengantok...:(


Till Then,

Wanita Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik


video: http://www.youtube.com

Till Then,

Tuesday, November 9, 2010

Tak Ramai Yang Tahu Hakikat Sebenar

Ramai yang berkata bahawa tugas guru pendidikan moral sangat mudah. Bila ada yang bertanya tentang program yang saya ambil di universiti, mereka pasti akan kata "la, cikgu yang paling senang tu". Tapi betul ke senang jadi guru moral ni? Pada pendapat saya, ia tidak semudah yang disangka. Setiap guru ada peranannya yang tersendiri. Walaupun saya masih bergelar pelajar dan belum menjadi guru yang sebenar lagi, tetapi pengalaman banyak mengajar. Pengalaman melihat guru-guru di sekolah dulu, pengalaman mendengar cerita senior-senior tentang suasana sebenar alam pekerjaan yang dikelilingi oleh pelajar dan pengalaman bekhidmat sebagai guru ganti. Semuanya menceritakan tentang cabaran yang akan dihadapi oleh guru moral pada masa akan datang. Tidak dinafikan terdapat rakan-rakan yang menceritakan mengenai cara guru-guru moral di sekolah mereka mengajar. Ramai guru yang masuk ke kelas dan hanya memberi nota untuk para pelajar hafal sahaja. Jadi, secara tidak langsung kita dapat lihat suasana pembelajaran yang berlaku adalah berorientasikan peperiksaan semata-mata. Para pelajar menghafal nota untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan menerapkan nilai-nilai yang dipelajari dalam diri. Tapi, dalam kehidupan, kita perlu melihat apa yang berlaku di sekeliling dari pelbagai aspek. Contoh yang baik kita ambil sebagai panduan, manakala yang kurang baik jadikan sempadan. Walaubagaimanapun, setiap orang ada pandangan yang tersendiri tentang sesuatu perkara. Saya tak menyalahkan sesiapa andai ramai yang beranggapan bahawa menjadi guru moral adalah tugas mudah. Mereka bercakap berdasarkan apa yang dilihat selama ini. Tetapi tanggapan itu masih boleh diubah. Buat rakan-rakan bakal pendidik, sama-samalah kita belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin untuk mendidik anak bangsa. Didikan yang bukan hanya bersifatkan akademik semata-mata tetapi didikan bagi melahirkan modal insan cemerlang. Saya mohon maaf andainya ada yang kurang senang dengan kata-kata yang saya coretkan.:)


video: http://www.youtube.com

Till Then,

Add Subject

Menanti detik 12 malam untuk memulakan proses add subjek bagi semester depan. Hopefully segalanya berjalan lancar dan tiada masalah yang timbul. Janganlah jadi macam proses add subjek semester lepas yang sangat-sangat sukar.Terpaksa berulang-alik ke Bahagian Akademik untuk selesaikan masalah-masalah yang timbul. Hati bertambah bimbang melihat pengalaman yang dilalui oleh senior-senior semester 5 baru-baru ni. Terpaksa bersengkang mata menunggu berjam-jam untuk add subjek. Semoga ada penambahbaikan daripada pihak UPSI berkaitan hal ini.Pada kawan-kawan, moga-moga urusan kita malam ni dipermudahkan oleh-Nya...InsyaAllah:)

"RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KARIM"

Engkau permudahkanlah segala urusan kami dan semoga segalanya berjalan dengan lancar



Till Then,

Sunday, November 7, 2010

Tentang Diri Ini

Dilahirkan pada 15 JUN 1989 dan diberi nama Norhazuwana bt Hamzah. Berumur 21 tahun, menetap di Felda Bukit Puchong, Triang, Pahang. Merupakan penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam program Pendidikan Moral  (minor Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan). Bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Pernah mendapat pendidikan di Tabika Kemas Felda Bukit Puchong, SK LKTP Bukit Puchong, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, SMT Seri Pelindung, Kuantan dan SMK Mengkarak, Bandar Bera.


Till Then,

Salam Ukhwah

Alhamdulillah, akhirnya blog ini dapat diwujudkan atas rasa ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan, suka duka, pengalaman dan juga apa yang ada pada diri ini. Mudah-mudahan apa yang dicoretkan dapat dijadikan panduan dan juga pengajaran dalam menempuh kehidupan. Untuk permulaan, terimalah salam ukhwah daripada saya...


Till Then,