BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 31, 2010

Ku Tinggalkan Memori Semalam...

Malam ni, berakhir sudah tahun 2010 yang penuh dengan kenangan suka duka. Suka duka yang dilalui dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan dan seorang mahasiswi. Tahun ini, terlalu banyak kisah yang tercipta antara kami di sini. Bergelar seorang pelajar IPT tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi demi mencari ilmu dan pengalaman. Apapun, tahun 2010 menjadi antara tahun yang terindah dalam lipatan sejarah kehidupan terutamanya di bumi UPSI. Tahun 2010 kutinggalkan bersama azam baru  untuk mencapai kecemerlangan dan meningkatkan potensi diri pada tahun 2011. Semoga segala yang dicita-citakan dapat dicapai. InsyaAllah...Akhir kata, jutaan kemaafan dipohon kepada semua yang mengenali diri ini atas segala kekhilafan diri selama ini. Selamat Tahun Baru untuk semua:)


Till Then,

Wednesday, December 22, 2010

Alhamdulillah

Syukur padaMu Ya Allah, selesai juga tanggungjawab sebagai ajk protokol Program Baktisiswa Perdana Sekretariat Rukun Negara Khidmat Masyarakat Mahasiswa Penyayang. Tugas dan tanggungjawab yang sangat mencabar. Mujurlah berpeluang bekerjasama dengan seorang ketua yang hebat pada pandangan mata ini. Walaupun baru sem 1, beliau memainkan peranan yang sangat besar dan terlalu banyak memberi tunjuk ajar. Buat adikku Hairieyl, akak yakin awak mampu jadi pemimpin yang hebat dan disegani pada masa depan, teruskan perjuangan. Untuk yang lain-lain juga, kenangan kita kekal abadi, kenangan yang tak mungkin saya lupakan. Ia terlalu banyak mengajar saya erti persahabatan, tanggungjawab dan kasih sayang. Walaupun satu masa nanti kita semua akan berpisah, tapi kenangan tu akan membuatkan kita ingat betapa indahnya persahabatan kita semua. Untuk abang-abang dan kakak-kakak, terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan membimbing saya. Buat kawan-kawan, korang ada lah teman terbaik yang sanggup bersama-sama walau dalam apa keadaan. Kepada adik-adik, akak bangga dipertemukan dengan kamu semua, insan yang berpotensi untuk menjadi pemimpin pada masa depan. Selamat Maju Jaya untuk semua, panjang umur kita bersua lagi di lain waktu.


























Till Then, 

Sunday, December 12, 2010

~~~Walau apa yang terjadi, tabahkan hatimu selalu, pengorbanan tak tersia, kan terbela sampai masa...iringkanlah dengan doa, restukanlah sentiasa, moga impian jadi nyata, hidup kan diberkati-Nya~~~


Till Then,

~~~Apabila niat disalah erti, apabila kata-kata disalah tafsir~~~


Till Then, 

Sunday, December 5, 2010


~~~ Sesuatu yang tak disangka sering kali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau sekadar satu kebetulan. Kita asyik membicarakan persoalan hidup dan pilihan, serta kejujuran semakin berkurang, masih tiada bertemu jawapan. Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati, hingga amat menakutkan menghadapi masa depan, seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus~~~

Till Then, 

C.R.A.M.P

Sedikit perkongsian maklumat tentang kekejangan otot @ cramp seperti yang selalu dialami oleh saya...

PUNCA
Peredaran darah yang kurang baik.
Kekurangan kalsium.
Terlalu banyak fosforus.
Perkara tersebut boleh menyebabkan kejang betis @ kaki.


LANGKAH PENCEGAHAN
Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti,  hati.
Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu, tetapi jika terlalu banyak minum susu mungkin akan menyerap banyak fosforus. Sederhanakanlah dalam pengambilan pemakanan tersebut.
Makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.






Till Then, 

Saturday, December 4, 2010

PadaMu Ku Bermohon Dan Berlindung

Alhamdulillah, final exam dah pon berakhir semalam dan harap-harapnya dapat lulus dengan cemerlang untuk semester 3 ni, insyaAllah. Tolong doakan kejayaan saya ye semua. Sekejap je masa berlalu, dah nak masuk semester 4, pastu 5, 6, 7, 8 dan akhirnya menamatkan 4 tahun sesi pembelajaran di sini. Sayu hati melihat rakan-rakan dan penghuni kolej mengusung beg nak balik kampung, tapi apa kan daya perjuangan belum selesai. Perjuangan dalam mencari ilmu dan mengutip seberapa banyak pengalaman untuk dijadikan bekalan hidup pada masa depan. Hari ni saya akan ditinggalkan  bersedirian di rumah, sorang housemate dah lama balik kampung, sorang dah pon menamatkan pengajiannya di sini dan akan pulang hari ni dan sorang lagi bergerak ke selatan atas urusan kerja. Bangun je dari tido, tengok akak-akak tengah kemas barang. Huhu...sedih la jugak, tapi sebelum tu diorang dah siap wat sarapan. Bertuahnya saya duk serumah dengan orang-orang yang suka dan pandai memasak ni, kenyang perut...hehe. Semoga akak-akak selamat sampai ke destinasi masing-masing. Masih berkira-kira sama ada nak duk sorang kat rumah ni atau nak gi merempat kat kolej. Takut gak sebenarnya kalau nak duk sorang, macam-macam benda yang mengganggu fikiran. Jiran-jiran pon dah tak de ni. Tengoklah macam mana nanti, keputusan akan dibuat sebelum malam menjelang tiba. Apa pun, saya ucapkan selamat bercuti pada semua:)


Till Then, 

Thursday, December 2, 2010

~~~Tak semua perkara dapat diluahkan dengan kata-kata. Adakalanya diri terpaksa memendam rasa demi hati lain yang perlu dijaga~~~


Till Then, 

Doa Elak Dicabul & Rogol

Sekadar perkongsian daripada artikel yang dibaca di blog seorang ustaz. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya.

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
 P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.


Till Then, 

Wednesday, December 1, 2010

Ukhwah Yang Tiada Penghujung...


Tiga hari lagi final exam akan berakhir dan ni bermakna semester tiga dah sampai ke penghujungnya. Terlalu banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang sem ni berlangsung dan insyaAllah semuanya akan kekal di ingatan sebagai bekalan untuk menempuh masa akan datang. Buat senior-senior yang bakal berpraktikum, semoga dapat melalui tempoh itu dengan baik dan jayanya (terutamanya Abang ZulAbang AsreeKak NunKak Qi n Kak Ejja). Untuk Kak Ina yang bakal melangsungkan hari bahagia masa cuti sem ni, semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Pengapit kembar akan cuba untuk hadir seawal mungkin sebelum majlis berlangsung. Last but not least, kepada rakan-rakan yang lain, insyaAllah jika dipanjangkan umur, kita jumpa lagi semester depan dengan segala macam cerita baru untuk dikongsikan. Terima kasih atas segala nasihat, tunjuk ajar, bimbingan dan yang paling bermakna kesudian kalian untuk menghulur serta menyambut salam perkenalan dari saya. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kita menjalin ukhwah:)


Till Then,