Menjaga hati rakan, pada masa yang sama melihat kepincangan teman
atau...
Menegur sesama insan atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim
Dalam keadaan dilema, terjumpa satu kata-kata...
“Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, kerana kasihnya ia memberanikan diri untuk menegur ”
Kata-kata yang membuatkan aku terfikir...sesungguhnya aku bukanlah seorang rakan, teman, dan sahabat yang baik...kerana hingga ke saat ini aku masih belum mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakan, teman, dan sahabat. Setahun memendam rasa dan dipersalahkan kerana tidak menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya...tanggungjawab untuk saling menegur sesama insan...
Padamu teman, ketahuilah, sesungguhnya terlalu berat untukku menuturkan kata, bimbang ada hati yang terluka...Aku hanya mampu berdoa agar kau ditunjukkan jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh-Nya. Buatmu teman, moga rahmat Allah sentiasa bersamamu...
video : http://www.youtube.com
Till Then,

0 comments:
Post a Comment