BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 9, 2010

Tak Ramai Yang Tahu Hakikat Sebenar

Ramai yang berkata bahawa tugas guru pendidikan moral sangat mudah. Bila ada yang bertanya tentang program yang saya ambil di universiti, mereka pasti akan kata "la, cikgu yang paling senang tu". Tapi betul ke senang jadi guru moral ni? Pada pendapat saya, ia tidak semudah yang disangka. Setiap guru ada peranannya yang tersendiri. Walaupun saya masih bergelar pelajar dan belum menjadi guru yang sebenar lagi, tetapi pengalaman banyak mengajar. Pengalaman melihat guru-guru di sekolah dulu, pengalaman mendengar cerita senior-senior tentang suasana sebenar alam pekerjaan yang dikelilingi oleh pelajar dan pengalaman bekhidmat sebagai guru ganti. Semuanya menceritakan tentang cabaran yang akan dihadapi oleh guru moral pada masa akan datang. Tidak dinafikan terdapat rakan-rakan yang menceritakan mengenai cara guru-guru moral di sekolah mereka mengajar. Ramai guru yang masuk ke kelas dan hanya memberi nota untuk para pelajar hafal sahaja. Jadi, secara tidak langsung kita dapat lihat suasana pembelajaran yang berlaku adalah berorientasikan peperiksaan semata-mata. Para pelajar menghafal nota untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan menerapkan nilai-nilai yang dipelajari dalam diri. Tapi, dalam kehidupan, kita perlu melihat apa yang berlaku di sekeliling dari pelbagai aspek. Contoh yang baik kita ambil sebagai panduan, manakala yang kurang baik jadikan sempadan. Walaubagaimanapun, setiap orang ada pandangan yang tersendiri tentang sesuatu perkara. Saya tak menyalahkan sesiapa andai ramai yang beranggapan bahawa menjadi guru moral adalah tugas mudah. Mereka bercakap berdasarkan apa yang dilihat selama ini. Tetapi tanggapan itu masih boleh diubah. Buat rakan-rakan bakal pendidik, sama-samalah kita belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin untuk mendidik anak bangsa. Didikan yang bukan hanya bersifatkan akademik semata-mata tetapi didikan bagi melahirkan modal insan cemerlang. Saya mohon maaf andainya ada yang kurang senang dengan kata-kata yang saya coretkan.:)


video: http://www.youtube.com

Till Then,

0 comments: